
![]()
Salam ukhuwah buat semua teman-teman, pengunjung laman mynastena community. alhamdulillah, syukur pada tuhan atas kesempurnaan akal fikiran, mampu mengolah bicara mengatur baet baet kalimah buat dipertontonkan kepada khalayak. Sememangnya, sekian ama menyepi dari dunia penulisan menjadikan setiap urat saraf seakan kaku tidak bermaya. maka, kesekian kali, diri ini cuba membina kembali kekuatan, memerah segala urat akal yang ada mencatur kembali dimensi dunia penulisan di ruangan bebas ini.
Setelah merentasi dunia bebas ini, melihat segala yang ada didalamnya, bermula dengan penciptaan laman laman website dan blog yang pelbagai rupa dan warna. karya karya maha agung yang termaktub kalimah yang tersirat indah dan merba didalamnya. Mencipta idea baru bagi mencorak permulaan karya dengan versi yang tersendiri.
Hasilnya, ku mulakan hari ini dengan membina rangkaian website dan blog dengan variasi yang pelbagai agar mampu ku tampilkan perbezaan bagi permulaan karyaku. bermula dengan warna lantas ku garapkan tema karyaku untuk tatapan dan perkongsian idea antara kita semua.
Moga... cetusan idea, nukilan karya dalam dimensi penulisan ini akan membina kematangan dalam kehidupan kita sebagai insan seni pasca merdeka.
mynastena.iblogger.org
۞ Mari Perkasakan Projek Dana Syaqah PMRAM. http://danasyaqah.pmram.org
Persekutuan menjalankan operasinya dengan menyewa sebuah
apartmen milik rakyat tempatan dengan kadar harga bulanan LE 950.00.
Cadangan pemilikan dua buah apartmen bagi Persekutuan Melayu Republik Arab
Mesir adalah suatu cadangan yang sangat tepat. Semoga usaha ini akan
mencapai kejayaan.
۞Makluman Kepada seluruh warga Mansurah
http://www.dpm-mansoura.blogspot.com
BAZARIA ASEAN akan diadakan pada 7&8/3/08.Pada sesiapa yang ingin membuka
gerai jualan makanan pada hari tersebut,sila daftarkan pada Ustz Mohd Alif
Junaidi di talian 0115182324 atau Us Amin Taufiq Bin Mohd Rifain di talian
0108818061..Harga sewa bagi satu tapak ialah LE40.00 shj!
![]() |

|
|---|

-eXperience : Webmaster - Blogger - Designer -
![]()
Copyright 2008
©Nastena Networks, all rights reserved
All registered trademarks are the property of their respective
owners.